Berita Berita
Hanya 10 peratus bekerja sendiri dilindungi PERKESO, penjaja antara paling terdedah risiko
GEORGE TOWN 9 Feb – Jurang perlindungan sosial dalam kalangan individu bekerja sendiri di negara ini dilihat semakin membimbangkan apabila hanya 10 peratus atau 325,008 orang daripada 3.26 juta golongan itu mempunyai caruman aktif di bawah Skim LINDUNG Kendiri PERKESO.
Perangkaan setakat 23 Januari lalu itu sekali gus menzahirkan keperluan mendesak kerjasama rentas agensi bagi memastikan kelangsungan sosioekonomi kumpulan rentan, khususnya penjaja dan peniaga kecil yang berdepan risiko tinggi dalam kehidupan seharian.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata seramai 15,021 Orang Bekerja Sendiri (OBS) direkodkan berdaftar di Pulau Pinang ketika ini.
Menurut beliau, sektor penjaja di negeri itu menyumbang 13.17 peratus atau 5,053 OBS daripada keseluruhan penjaja yang mencarum di bawah skim tersebut di seluruh negara.
“Menyedari keperluan kritikal ini, PERKESO hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi memperkukuh jaringan keselamatan sosial, khususnya melibatkan sektor penjaja dan peniaga kecil.
“Pemeteraian MoU ini diharapkan menjadi model kepada 156 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara dalam usaha memperkasa ekonomi informal serta melindungi golongan bekerja sendiri,” katanya.
Majlis pemeteraian MoU itu melibatkan Dr. Mohammed Azman mewakili PERKESO dan Datuk Bandar MBPP, Dato’ Ir. Rajendran P. Anthony, serta disaksikan EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang, H’ng Mooi Lye, dan Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, Azirruan Arifin.
Mengulas lanjut, Dr. Mohammed Azman berkata komitmen MBPP mencerminkan kesedaran bahawa keselamatan sosial merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan penyelarasan erat antara agensi demi kesejahteraan komuniti setempat.
Beliau menegaskan caruman Skim LINDUNG Kendiri tidak seharusnya dilihat sebagai beban kewangan, sebaliknya satu pelaburan keselamatan yang boleh menjadi talian hayat sekiranya berlaku kemalangan atau musibah tidak dijangka.
“Sepanjang tahun lalu sahaja, PERKESO telah menyalurkan faedah berjumlah RM31.25 juta kepada 7,693 pencarum Skim LINDUNG Kendiri di seluruh negara.
“Daripada jumlah itu, 424 individu bekerja sendiri di Pulau Pinang menerima manfaat apabila ditimpa musibah,” katanya.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 4:26 pm
Pendidikan kekal jadi keutamaan, SK Batu Anam terima RM100,000 bangunkan bilik darjah digital - Yuneswaran
September 22, 2026, 3:08 pm
Teka-teki terjawab, Ab Rauf umum DUN Melaka bubar esok buka laluan PRN
September 22, 2026, 2:55 pm
Rezeki di Festival Mega iLINDUNGu, 523 pencari kerja dapat kerja dengan gaji hingga RM5,000
September 22, 2026, 2:30 pm
‘Hari bersejarah untuk saya’ – Jofliam dapat hak penjagaan penuh Han, Yuki
September 22, 2026, 2:06 pm
Ops Kesan 2.0: ‘Tak tahu wajib mencarum’ alasan basi majikan, PERKESO keluar 25,011 kompaun RM15 juta
September 22, 2026, 1:47 pm
Baru setahun bekerja, waris dua remaja maut kemalangan bakal terima manfaat LINDUNG 24 Jam lebih RM275,000
September 22, 2026, 1:19 pm
Pertikai tabung bantuan denda Najib tidak wajar, hak individu perlu dihormati
September 22, 2026, 1:01 pm
Wanita warga emas maut dirempuh MPV ketika lintas jalan nak beli sarapan di Yan
September 22, 2026, 12:41 pm
