Berita Berita
Pengerusi kuil mengaku tidak bersalah ceroboh tanah milik orang lain di Dengkil
SEPANG 9 Feb - Seorang pengerusi kuil dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh tanah milik individu di Jalan Selangor, Dredging, Dengkil, namun mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan berkenaan.
Tertuduh, M Paramaguru, 49, yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.
Mengikut pertuduhan, Paramaguru didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan tanah milik Suhaili Ahmad tanpa kebenaran.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 4.45 petang di Jalan Selangor, Dredging, Dengkil pada 19 Jun tahun lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Iznina Hanim Hashim memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin tempatan.
Bagaimanapun, peguam tertuduh, Darshela Hari Raja memohon jumlah jaminan lebih rendah memandangkan anak guamnya hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan RM1,800 sebulan.
"Anak guam sudah berkahwin serta mempunyai dua anak masih kecil masing-masing berusia enam tahun dan 11 bulan, manakala isterinya berumur 41 tahun pula adalah suri rumah yang bergantung dengan pendapatan suami.
"Justeru, kami mohon jumlah wang jaminan lebih rendah dikenakan terhadap tertuduh memandangkan dia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis serta tiada rekod jenayah lampau," katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh serahan dokumen.
Terdahulu, tertuduh ditahan di rumahnya di Jalan Selangor, Dredging, Dengkil pada jam 3.30 petang, semalam.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pemilik tanah persendirian di Taman Topaz, di sini, memberi tempoh seminggu kepada pihak pengurusan sebuah kuil untuk mengosongkan tanah yang didakwa diduduki secara haram.
Aktivis masyarakat, Tamim Dahri dilaporkan berkata, pemilik tanah berkenaan, Datuk Suhaili Ahmad mengeluarkan notis supaya semua patung dan harta milik pihak kuil dipindahkan dalam tempoh ditetapkan sebelum tindakan lanjut diambil.
Menurutnya, notis berkenaan sudah diserahkan kepada pihak pengurusan kuil yang membina beberapa struktur tanpa kebenaran di kawasan itu, sebelum kerja-kerja pengambilan semula tanah dijadualkan pada 9 Januari 2026.
Berita berkaitan
April 21, 2026, 4:05 pm
Insiden kekasaran di Kulim: Anggota polis ditukarkan ke bahagian pentadbiran
April 21, 2026, 4:01 pm
Pandu mabuk dan langgar lampu merah, wanita dipenjara sehari, denda RM13,000
April 21, 2026, 3:56 pm
Warga emas maut dirempuh lori ketika lintas jalan di Dengkil
April 21, 2026, 3:51 pm
KDN teliti isu dokumen mangsa kebakaran Sandakan, utamakan warganegara
April 21, 2026, 3:46 pm
Anwar bakal umum langkah tambahan bantu siswazah menganggur
April 21, 2026, 2:20 pm
Polis pijak kepala orang awam: 'Jangan hukum dengan lihat video pendek sahaja' - Saifuddin
April 21, 2026, 11:29 am
Suri rumah direman, polis jumpa lima laras senjata api termasuk M16 di rumah
April 21, 2026, 11:08 am
