Berita Berita
Tragis di Batu Gajah: Ibu, nenek dan kanak-kanak maut dirempuh pacuan empat roda
BATU GAJAH 10 Feb – Malam pilu menyelubungi Kampung Batu 1, Jalan Tanjung Tualang apabila seorang kanak-kanak perempuan bersama ibu dan neneknya maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda, Isnin malam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, S Sarala Devi, 34 tahun dan G Sarasbathy, 65 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi selepas tersepit di dalam sebuah Perodua Myvi, manakala S Shaastikka, 3 tahun, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Batu Gajah.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.45 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah tiba empat minit kemudian.
Menurutnya, kemalangan itu melibatkan sebuah Perodua Myvi dan Toyota Hilux, dengan kedua-dua mangsa dewasa tersepit di bahagian pemandu dan penumpang hadapan kereta.
“Ketua operasi melakukan penilaian awal dan mengaplikasikan konsep SAVER sebelum mengarahkan anggota menjalankan kerja menyelamat menggunakan peralatan hidraulik,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala kanak-kanak terbabit telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi menyelamat melibatkan enam anggota bomba, dibantu 15 anggota polis dan empat petugas KKM, menggunakan sebuah jentera FRT, sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.10 malam.
Berita berkaitan
February 17, 2026, 8:18 pm
Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis ini
February 17, 2026, 12:32 pm
Pemuda UMNO gesa Azam Baki direhatkan sementara siasatan selesai
February 17, 2026, 12:12 pm
Bergesel Bezza ketika eskot rasmi di Bukit Pasir, MPV polis disaman
February 17, 2026, 12:07 pm
Penunggang LC135 parah langgar lori sampah di Jalan Free School
February 17, 2026, 11:58 am
Suhakam gesa RCI siasat dakwaan terhadap Azam Baki
February 17, 2026, 11:54 am
Anwar seru rakyat fokus perpaduan sempena Tahun Baharu Cina
February 17, 2026, 11:18 am
Lima sekeluarga ditemui mati dipercayai dibunuh dalam rumah di Kuantan
February 16, 2026, 8:03 pm
