TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar, Musa Aman bincang agenda pembangunan Sabah di Seri Perdana

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 13 Feb – Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Musa Aman di Seri Perdana dalam pertemuan yang memfokuskan kepada agenda pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah.

Menurut Anwar, perbincangan tertumpu kepada perancangan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri itu, selain usaha memperkukuh kesejahteraan sosial rakyat.

Katanya, isu penyediaan infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik turut menjadi keutamaan bagi memastikan rakyat Sabah tidak terus berdepan kekurangan kemudahan asas.

“Kerajaan Persekutuan komited memastikan pembangunan Sabah dilaksanakan secara adil dan menyeluruh, berpaksikan keperluan sebenar rakyat,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Beliau menambah, pertemuan itu mengukuhkan tekad bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam memastikan setiap perancangan yang dirangka benar-benar memberi manfaat kepada seluruh warga Sabah tanpa mengira latar belakang.

Terdahulu, Musa mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri sebagai sebahagian daripada sesi rasmi membincangkan hal ehwal pentadbiran dan pembangunan negeri.

+ - reset