Berita Berita
Pelajar Tingkatan Lima ditahan kes buli guna puntung rokok di asrama
BENTONG 13 Dis – Seorang pelajar tingkatan lima ditahan polis kerana disyaki membuli pelajar tingkatan satu menggunakan puntung rokok di asrama sebuah sekolah di daerah ini, kelmarin.
Yahaya Othman berkata, suspek ditahan semalam selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang menyebabkan mangsa berusia 13 tahun melecur di bahagian dada.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira tengah malam di tandas asrama sekolah berkenaan.
“Siasatan awal mendapati mangsa didakwa didera selepas enggan menuruti arahan suspek supaya menghisap rokok, menyebabkan suspek berang.
“Mangsa kemudian memaklumkan kejadian kepada warden asrama sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan di dada dengan kesan lecur dan dirawat sebagai pesakit luar.
Susulan laporan dibuat keluarga mangsa, polis menahan suspek di asrama sekolah terbabit bagi membantu siasatan.
Katanya, polis akan menemu bual beberapa saksi serta menyiasat kemungkinan terdapat suspek atau mangsa lain yang terlibat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 7:11 pm
Ketua Polis KL dedah punca sebenar Lembah Klang sesak teruk sejak awal bulan
February 13, 2026, 7:01 pm
Isu ceroboh tanah: Pemilik tanah tak boleh ambil tindakan sendiri - Amirudin
February 13, 2026, 6:13 pm
Wan Ahmad Fayhsal turut dipecat keahlian BERSATU
February 13, 2026, 5:58 pm
Hamzah Zainuddin dipecat keahlian BERSATU berkuat kuasa serta-merta
February 13, 2026, 5:24 pm
Wanita sarat hamil maut disyaki dibunuh suami guna lesung batu di Kota Tinggi
February 13, 2026, 12:46 pm
Puad gesa siasatan segera dakwaan ‘Mafia Korporat’ kaitkan SPRM
February 13, 2026, 12:41 pm
Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat lapan bangunan di Cyberjaya
February 13, 2026, 11:57 am
