TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat lapan bangunan di Cyberjaya

By
|
Kongsi
image

SEPANG 13 Feb – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah bangunan di Cyberjaya dekat sini semalam.

Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.31 petang daripada seorang wanita tempatan.

Menurutnya, mangsa telah dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk mendapatkan rawatan sejurus kejadian berlaku.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, bedah siasat telah dijalankan pada jam 12 tengah hari di hospital sama bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tambah beliau, siasatan lanjut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang bagi mengenal pasti punca kejadian.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung insiden itu. Individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Farizi Ramlee di talian 014-3145347 bagi membantu siasatan.

+ - reset