Berita Berita
Wanita sarat hamil maut disyaki dibunuh suami guna lesung batu di Kota Tinggi
KOTA TINGGI 13 Feb – Seorang wanita yang sedang hamil tujuh bulan ditemukan maut dengan kesan kecederaan parah di kepala dalam kejadian dipercayai dibunuh suaminya di rumah sewa mereka di Kampung Makam, di sini, awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, maklumat berhubung kejadian tragis itu diterima pada jam 7 pagi.
"Suspek berusia 35 tahun ditahan di sekitar lokasi kejadian pada jam 7.30 pagi. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 3 pagi.
"Mangsa berusia 34 tahun dan suaminya merupakan etnik Rohingya," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Beliau berkata, mangsa ditemui meninggal dunia dalam bilik sebuah rumah sewa di tingkat dua dan dipercayai mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas dihentak menggunakan objek tumpul yang disyaki lesung batu.
Anggota forensik turut dilihat mengambil objek yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan bagi membantu siasatan.
Yusof berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 7:11 pm
Ketua Polis KL dedah punca sebenar Lembah Klang sesak teruk sejak awal bulan
February 13, 2026, 7:01 pm
Isu ceroboh tanah: Pemilik tanah tak boleh ambil tindakan sendiri - Amirudin
February 13, 2026, 6:13 pm
Wan Ahmad Fayhsal turut dipecat keahlian BERSATU
February 13, 2026, 5:58 pm
Hamzah Zainuddin dipecat keahlian BERSATU berkuat kuasa serta-merta
February 13, 2026, 12:46 pm
Puad gesa siasatan segera dakwaan ‘Mafia Korporat’ kaitkan SPRM
February 13, 2026, 12:41 pm
Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat lapan bangunan di Cyberjaya
February 13, 2026, 12:35 pm
Pelajar Tingkatan Lima ditahan kes buli guna puntung rokok di asrama
February 13, 2026, 11:57 am
