TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

336 mangsa banjir dipindahkan ke PPS di Kota Marudu dan Pitas

By
|
Kongsi
image

KOTA KINABALU 20 Feb – Seramai 336 mangsa banjir daripada 111 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Marudu dan Pitas setakat ini.

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negeri Sabah, jumlah mangsa paling ramai direkodkan di Kota Marudu membabitkan 274 orang daripada 83 keluarga.

Kesemua mereka kini ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek 2.

Sementara itu di Pitas, seramai 62 mangsa daripada 28 keluarga dipindahkan ke empat PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Rukom, Dewan Majlis Daerah Pitas, Dewan Kusilad dan Dewan Kabatasan.

Bagi daerah Pitas, sebanyak 19 kampung dilaporkan terjejas akibat banjir setakat ini.

+ - reset