Berita Berita
Dr Akmal persoal kenyataan Khalid Samad dakwa pandangannya ‘kegilaan’
PUTRAJAYA 20 Feb – Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh mempersoalkan kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad yang menyifatkan pandangannya sebagai satu ‘kegilaan’.
Menerusi hantaran ringkas di media sosial pada Jumaat, beliau menegaskan bahawa pandangan yang diberikan hanya melibatkan parti sendiri tanpa menyentuh mana-mana parti lain.
“Bila kita beri pandangan untuk parti sendiri tanpa sentuh parti orang lain dianggap kita gila pula.
“Apa salah saya sampai dikatakan sebegini.
“Moga ALLAH SWT berikan yang baik-baik untuk pak cik Khalid Samad,” tulisnya.
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berpandangan penyatuan Melayu antara UMNO dan Parti Islam Se-Malaysia (Pas) perlu segera dimulakan di Melaka dan bukan sekadar strategi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).
Cadangan tersebut turut mendapat maklum balas Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang memaklumkan perkara itu akan diputuskan melalui saluran rasmi parti.
Sementara itu, Khalid dilaporkan berkata Amanah telah mula menggerakkan jentera parti sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pertandingan tiga penjuru atau dua penjuru sekiranya Barisan Nasional (BN) mengikuti cadangan yang disifatkannya sebagai ‘kegilaan’ itu.
Berita berkaitan
February 20, 2026, 7:18 pm
Nurul Izzah desak polis siasat saham Azam Baki, bukan laporan Bloomberg
February 20, 2026, 7:04 pm
Kes rasuah RM2.5 bilion: Caprice beri Rafizi tempoh hingga 5 petang esok, padam hantaran dan mohon maaf
February 20, 2026, 4:16 pm
Anggota tentera maut ketika kursus Armor di Kuantan, kes diklasifikasi mati mengejut
February 20, 2026, 3:40 pm
336 mangsa banjir dipindahkan ke PPS di Kota Marudu dan Pitas
February 20, 2026, 3:34 pm
Had tempoh Perdana Menteri 10 tahun bermula dengan saya - Anwar
February 20, 2026, 3:28 pm
Semakan cukai tanah Pulau Pinang ikut peruntukan undang-undang - Kon Yeow
February 20, 2026, 3:21 pm
