Berita Berita
Wisma Putra pantau situasi keselamatan Timur Tengah
KUALA LUMPUR 1 Mac – Kementerian Luar memaklumkan sedang memantau secara berterusan perkembangan keselamatan yang tidak menentu di Timur Tengah serta melaksanakan tindak balas konsular susulan serangan yang dilaporkan melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu menegaskan keutamaan kekal terhadap keselamatan dan kebajikan warganegara Malaysia di negara terjejas.
“Sejak pemakluman terdahulu, perwakilan diplomatik kami telah menghulurkan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara akibat pembatalan penerbangan. Semua individu yang dihubungi kekal selamat.
“Pada masa ini, perwakilan kami sedang menghulurkan bantuan atau berhubung dengan rakyat Malaysia yang terkandas antaranya di Arab Saudi, United Kingdom, Syria, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE),” menurut kenyataan itu.
Kementerian memaklumkan, berikutan situasi semasa yang tidak menentu termasuk gangguan penerbangan dan penutupan ruang udara secara tiba-tiba, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya berhubung terus dengan syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual dan pelarasan laluan.
Menurut kenyataan itu, Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri di Putrajaya sedang giat menyelaraskan usaha konsular.
“Kementerian menggesa semua rakyat Malaysia agar kekal tenang, mengelakkan penyebaran khabar angin yang tidak ditentusahkan dan hanya merujuk kepada sumber berita rasmi serta saluran rasmi kementerian,” katanya.
Kementerian turut menasihatkan agar semua perjalanan tidak penting ke rantau berkenaan ditangguhkan dalam masa terdekat serta mendaftar keberadaan melalui sistem E-Konsular bagi memudahkan komunikasi dan bantuan.
Selain itu, rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan, berlindung di tempat selamat sekiranya diarahkan dan sentiasa mengikuti laman media sosial rasmi perwakilan diplomatik Malaysia untuk kemas kini terkini.
Bagi bantuan kecemasan konsular, rakyat Malaysia yang tidak dapat menghubungi perwakilan diplomatik boleh menghubungi terus Bilik Operasi Kementerian di talian +603-8887 4570 atau melalui e-mel dutyofficer@kln.gov.my.
Berita berkaitan
March 3, 2026, 7:25 pm
Kes pelajar pijak al-Quran: 'Saya sendiri saksi syahadahnya' - Firdaus Wong
March 3, 2026, 6:26 pm
Kejut sahur hingga ganggu orang tidur bukan ajaran Islam
March 3, 2026, 5:51 pm
Dua kakitangan Farm Fresh terbabit dalam nahas helikopter di Filipina
March 3, 2026, 4:21 pm
Perempuan pun nak curi kabel, tiga sekawan didenda RM5,000 mengaku salah curi kabel TM
March 3, 2026, 2:38 pm
Bakal pengantin didenda RM2,000 gara-gara simpan gambar lucah dalam telefon bimbit
March 3, 2026, 2:20 pm
Fi lesen gim di Kuala Lumpur turun 80 peratus, perkasa agenda bandar sihat – Hannah Yeoh
March 3, 2026, 1:48 pm
