Berita Berita
Konspirasi jatuhkan kerajaan perpaduan babit kelompok zionis - PM
KUALA LUMPUR 3 Mac – Konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang sedang disiasat polis didakwa turut melibatkan kelompok Zionis terkemuka.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi bayangan itu ketika menjawab soalan Shahidan Kasim (PN-Arau) di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut beliau, terdapat pihak yang sanggup merujuk kepada tokoh Zionis dalam usaha mempertahankan kedudukan politik masing-masing.
“Kalau esok tahu orang yang nak dipertahankan oleh Yang Berhormat Arau itu di antaranya kelompok Zionis terkemuka. Kelompok Zionis terkemuka, digunakan dalam program ini, projek ini dan nanti tunggu sabar entah seminggu, dua minggu, bila keadaan ini terbongkar, boleh diceritakan.
“Apa kita nak pilih nak pertahan? Tak ada orang lain dalam dunia untuk mempertahankan kedudukan kita selain daripada merujuk kepada tokoh Zionis ini, memang jelas menentang Islam dan negara-negara yang mempertahankan Gaza,” katanya.
Terdahulu, Anwar berkata konspirasi terancang itu membabitkan penggunaan agensi pelobi asing, jurubank serta agensi media antarabangsa, yang didakwa bermula sejak Ogos 2024 dan dijangka berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16.
Menurutnya, berdasarkan maklumat siasatan Polis Diraja Malaysia, tokoh-tokoh berkenaan dipercayai sudah enam kali mengadakan pertemuan sepanjang tahun 2025, sama ada di dalam atau luar negara.
Beliau mendakwa tindakan itu ada kaitan dengan siasatan berskala besar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mendorong pihak tertentu menggunakan pengaruh luar dan dalam negara untuk menjatuhkan kerajaan.
“Strategi mereka termasuk menghubungi semua media asing dengan strategi mempertikai usaha kerajaan khususnya SPRM.
“Kemudian menggunakan kekuatan dan ‘contact’ dengan negara-negara luar dengan tujuan beri naratif mempertikai kewibawaan Malaysia dan kerajaan serta mengatur gerakan melalui Parlimen Malaysia. Ini yang membimbangkan kita,” katanya.
Anwar berkata kerajaan memandang serius perkara itu dan Jabatan Peguam Negara, agensi penguatkuasaan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh berkongsi maklumat lanjut dengan wakil rakyat.
“Sebaik ada maklumat tambahan dan diizinkan Jabatan Peguam Negara, PDRM dan badan-badan penguatkuasaan, kalau perlu saya boleh memanggil supaya MKN menyelaras satu perjumpaan dengan wakil kerajaan dan pembangkang.
“Kerana bagi saya ini tidak terikat dengan parti, tetapi soal keselamatan atau ‘national security’,” katanya.
Tambah beliau, pendirian tegas Malaysia terhadap Israel dan Amerika Syarikat sebelum ini turut mendapat perhatian meluas media antarabangsa.
Berita berkaitan
March 3, 2026, 7:25 pm
Kes pelajar pijak al-Quran: 'Saya sendiri saksi syahadahnya' - Firdaus Wong
March 3, 2026, 6:26 pm
Kejut sahur hingga ganggu orang tidur bukan ajaran Islam
March 3, 2026, 5:51 pm
Dua kakitangan Farm Fresh terbabit dalam nahas helikopter di Filipina
March 3, 2026, 4:21 pm
Perempuan pun nak curi kabel, tiga sekawan didenda RM5,000 mengaku salah curi kabel TM
March 3, 2026, 2:38 pm
Bakal pengantin didenda RM2,000 gara-gara simpan gambar lucah dalam telefon bimbit
March 3, 2026, 2:20 pm
Fi lesen gim di Kuala Lumpur turun 80 peratus, perkasa agenda bandar sihat – Hannah Yeoh
March 3, 2026, 1:48 pm
