Berita Viral
(VIDEO) Siap bergendang kejut sahur di Balakong, warganet bimbang budaya ‘konoha’ menular
KUALA LUMPUR 3 Mac - Bukan sahaja bergendang, malah siap berarak sambil menyanyi di kawasan perumahan dengan alasan mahu meneruskan budaya kejut sahur.
Tindakan tersebut yang tular di media sosial didakwa berlaku di sebuah kawasan perumahan di Balakong, Kuala Lumpur.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Menerusi video tular itu, kumpulan berkenaan bukan sahaja menyanyi, malah turut memukul tong plastik dan membawa pembesar suara.
Menerusi ruangan komen, terdapat individu yang mendakwa dirinya sebagai penduduk di kawasan tersebut berasa terseksa dengan apa yang dilakukan kumpulan berkenaan.
“Tolonglah, kami tinggal di kawasan tersebut. Ada anak kecil, terlalu awal untuk kamu semua bising kejut sahur. Cakap baik-baik pun tidak dihiraukan. Semoga keadilan bagi pihak saya satu hari nanti," kata faisalkeroro.
Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial, rynzm3, berkata kawasan tersebut memang dipenuhi penduduk warga Indonesia.
"Memang ramai Indonesia di sini, dah macam kampung mereka. Macam mana boleh lepas ubah suai tak masuk akal, curi elektrik, majlis pelik-pelik, jual rokok seludup," katanya.
Dakwanya lagi, kebanyakan yang menjual rokok seludup di kawasan itu juga dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai pasport.
Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial, willkiinnn, turut menyatakan rasa tidak selesanya sebagai rakyat Malaysia apabila melihat video tersebut.
"Saya sebagai rakyat Malaysia tidak setuju budaya ini diamalkan di Malaysia. Masing-masing ada rasa tanggungjawab dalam diri untuk bangun sahur dan tidak perlu mengganggu ketenteraman awam pada waktu awal pagi seperti ini.
"Ini akan membuat orang lain berpandangan buruk terhadap Islam dan ini bukan yang disarankan dalam budaya Malaysia," katanya.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
