Berita Viral
Lampu isyarat rosak, guru wanita pertaruh nyawa kawal trafik demi anak murid
KUALA LUMPUR 4 Mac - Seorang guru melakukan tindakan terpuji apabila sanggup menggadai nyawa mengawal lalu lintas gara-gara lampu isyarat rosak berhampiran kawasan sekolah.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Tindakan itu ditularkan seoang pengguna media sosial, fvtinfilzvh yang memaklumkan bahawa kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi tadi.
Menurutnya, keadaan lampu isyarat yang tidak berfungsi di satu persimpangan berhampiran sekolah anaknya menyebabkan aliran trafik menjadi sesak
Ditambah lagi dengan situasi hujan terdapat tiga beberapa buah sekolah di jalan tersebut manjadikan situasi trafik bertambah teruk.
Bagaimanapun, situasi berjaya dikawal apabila seorang guru wanita tampil membantu mengurus lalu lintas seperti anggota polis trafik bagi memastikan pergerakan kenderaan lebih teratur.
Menurut pengguna berkenaan, guru tersebut tanpa ragu-ragu mengawal trafik selain membantu pelajar serta ibu bapa melintas jalan dengan selamat.
Beliau berkata, tindakan itu bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan rasa tanggungjawab dan keberanian yang tinggi.
“Kalau tiada cikgu itu, memang huru-hara trafik pagi tadi,” katanya.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang memuji sikap prihatin guru berkenaan.
Seorang pengguna, azurina-zh, menyatakan guru tersebut wajar diberikan penghargaan bersempena sambutan Hari Guru.
Menjawab komen itu, fvtinfilzvh memaklumkan beliau turut bertanya kepada guru anaknya mengenai nama individu berkenaan bagi tujuan memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
