Berita Viral
Lelaki didakwa OKU selamba onani depan wanita dalam masjid di Segamat
Oleh AZIM SAID
SEGAMAT 5 Mac - Bukan sahaja tidak menghormati bulan Ramadan, malah seorang lelaki tergamak melakukan perbuatan jijik dengan beronani di kawasan Masjid Bukit Siput, Segamat, Johor, malam tadi.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Tindakan tidak senonoh itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum ditularkan seorang pengguna media sosial pagi tadi.
Menerusi video tersebut, lelaki itu memegang alat sulitnya sambil memerhatikan seorang wanita bertelekung yang sedang menunaikan solat sebelum disedari oleh wanita terbabit
“Adik buat apa ni, janganlah puasa ni ,” kata-kata mangsa sebelum bertindak melarikan diri.
Lelaki tersebut bertindak melarikan diri sebelum dilihat cuba memanggil mangsa dalam keadaan cuak.
Rakaman tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang mengecam tindakan lelaki tersebut.
“aje gila orang solat pun ko stim, mental ker apa,” kata hajrr.r_ .
Sementara itu seorang pengguna media sosial, cappy.hangyo berkata, pelaku tersebut merupakan orang kurang upaya OKU.
“Dia ada masalah tekanan mental, tiada orang waras yang akan buat perkara sebegitu apalagi di tempat suci,” katanya.
Dakwanya, wanita di ruangan komen hanya mereka cerita untuk membuatkan lelaki kelihatan teruk.
Namun, komen tersebut dibidas oleh pengguna lain dengan alasan memakai lesen OKU untuk melakukan perkara tidak senonoh.
“Oh baru tahu bila OKU ada lesen untuk buat benda-benda macam ni,” komen xcuppycake.
Dalam pada itu, terdapat pengguna yang turut berpendapat lebih afdal wanita untuk solat di rumah berbanding di masjid.
“Makruh keluar seorang diri, sebaiknya keluarlah bersama dua ke tiga orang,” komen norfazilah.abdmohd.
Berita berkaitan
April 24, 2026, 2:48 pm
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
