Berita Berita
Lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam masjid ditahan polis, miliki kad OKU
SEGAMAT 6 Mac – Seorang lelaki yang bertindak tidak senonoh dalam keadaan separuh bogel serta melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah masjid di Bukit Siput di sini, lewat petang semalam, berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, suspek warga tempatan berusia sekitar 20-an ditahan kira-kira pukul 3.15 pagi di Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor Bahru.
Menurutnya, tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.
“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit bukan penduduk daerah Segamat dan merupakan pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) bagi kategori masalah pembelajaran.
“Semakan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing ke atasnya didapati negatif,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, suspek kini direman selama empat hari sehingga 9 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.
Semalam, Kosmo! melaporkan seorang wanita yang sedang menunaikan solat dhuha di masjid tersebut didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang berada dalam keadaan separuh bogel sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh sambil memandang ke arahnya.
Rakaman kejadian menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) masjid itu kemudiannya tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Berita berkaitan
March 6, 2026, 9:14 pm
'Azam Baki perlu letak jawatan segera' - BERSIH
March 6, 2026, 8:34 pm
PKR saman 16 bekas wakil rakyat, tuntut RM10 juta setiap seorang
March 6, 2026, 8:13 pm
Keluarga Tun Daim saman Anwar, KPN dakwaan komplot guling kerajaan
March 6, 2026, 5:33 pm
Ibu remaja pandu Honda Jazz hingga ragut 3 nyawa didenda RM1,500
March 6, 2026, 5:19 pm
Harga RON95 masih terkawal walaupun konflik Asia Barat – Anwar
March 6, 2026, 4:51 pm
Kerajaan buat rombakan besar pengurusan tertinggi perkhidmatan awam
March 6, 2026, 4:43 pm
Polis buru dua suspek samun bersenjata parang di Shah Alam
March 6, 2026, 3:20 pm
