Berita Viral
Lelaki selamba lakukan aksi tidak senonoh depan kaunter layan diri di KLIA2
KUALA LUMPUR 7 Mac – Tindakan seorang lelaki yang dirakam melakukan aksi tidak senonoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) mencetuskan kecaman orang ramai selepas video kejadian itu tular di media sosial pada Sabtu.
Menerusi rakaman yang tersebar, lelaki berkenaan dilihat melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan sebuah kaunter di lapangan terbang tersebut.
Lebih mengejutkan, lelaki itu juga dilihat tidak menghiraukan kehadiran orang ramai yang berada di kawasan berkenaan ketika melakukan perbuatan tersebut.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit dan mempersoalkan tahap keselamatan di lokasi berkenaan.
“Kenapa semakin merepek manusia sekarang,” kata Anne.
“Tak ada polis bantuan ke dekat situ?,” soal Othman.
“Mana polis? Senang betul kalau orang luar nak serang negara kita kalau begini,” kata Abu Bakar.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
