Berita Berita
Bas ekspres terbabas dan terbalik di Skudai, tiga mangsa tersepit
JOHOR BAHRU 9 Mac – Sebuah bas ekspres terbabas sebelum terbalik di tepi laluan berhampiran Kampung Sepakat Baru, Skudai di sini kira-kira jam 8 malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, kejadian itu mengakibatkan tiga mangsa tersepit manakala tiga lagi mengalami kecederaan.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.20 malam sebelum jentera tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.
“Kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres yang terbabas dan terbalik di tepi jalan.
“Terdapat 10 mangsa, tiga daripadanya tersepit di dalam kenderaan dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dengan bantuan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pemandu bas serta dua lagi mangsa mengalami kecederaan tetapi tidak tersepit, manakala empat mangsa lain hanya mengalami kecederaan ringan.
Operasi menyelamat tamat pada jam 9.14 malam.
Menurutnya, kesemua mangsa diberikan rawatan oleh Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS), ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan St John Ambulans sebelum dibawa untuk tindakan lanjut.
Tambahnya, operasi melibatkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Compact Fire Rescue Tender (CFRT) serta sebuah EMRS.
Berita berkaitan
March 9, 2026, 5:23 pm
JKNK siasat sama ada tekanan kerja, buli punca kematian doktor pelatih di HSIP
March 9, 2026, 5:01 pm
Gunaraj gesa polis siasat video individu pijak Trisul, simbol suci agama Hindu
March 9, 2026, 3:38 pm
Kurikulum 2027 buka peluang pelajar arus perdana belajar bahasa isyarat
March 9, 2026, 2:39 pm
Kerajaan mampu kekalkan harga RON95 RM1.99 sekurang-kurangnya dua bulan lagi - Amir Hamzah
March 9, 2026, 2:18 pm
MCMC tiada kuasa arah platform media sosial turunkan hantaran – Teo Nie Ching
March 9, 2026, 1:55 pm
Gaji penjawat awam diawalkan 13 Mac, bantu persiapan awal sambut Aidilfitri
March 9, 2026, 1:09 pm
Tarikh lihat anak bulan Syawal ditetapkan 19 Mac, Khamis
March 9, 2026, 11:33 am
Muhyiddin Yassin guna jawatan tarik jutaan ringgit kepada Bersatu - Pendakwaan
March 9, 2026, 11:10 am
