Berita Berita
125,000 penjawat awam gred 1 naik ke gred 5 mulai Januari 2027
PUTRAJAYA 9 Mac – Seramai 125,000 penjawat awam yang kini berada pada Gred 1 akan menikmati kenaikan ke Gred 5 bermula Januari 2027.
Kenaikan itu melibatkan jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian dan Kewangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan gred perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) itu akan dilaksanakan secara berperingkat.
Menurutnya, perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz mengenai pelaksanaan SSPA.
“Bagi menambah baik peluang laluan kerjaya, saya telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan laluan kenaikan gred daripada Gred 1 kepada Gred 5.
“Ini melibatkan 125,000 Pembantu Tadbir Perkeranian dan Kewangan,” katanya ketika berucap pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini pada Isnin.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.
Anwar berkata, walaupun terdapat kenaikan mengikut SSPA, kerajaan melihat keperluan untuk memberi perhatian kepada kategori jawatan yang berada pada gred terlalu rendah dengan meningkatkan gred mereka.
Menurutnya, kumpulan berkenaan juga perlu mengikuti kursus pendek selama dua minggu sebagai syarat kenaikan gred.
“Itu sedang diuruskan oleh JPA. Syaratnya supaya mereka mengikuti perkembangan kelayakan dengan sedikit pendedahan mengenai teknologi maklumat (IT).
“Kita cuba jalankan dan laksanakan perkara ini tahun ini juga,” katanya.
Beliau berkata, dalam tempoh enam bulan, kerajaan menyasarkan kursus tersebut dapat diselesaikan bagi membolehkan kenaikan pangkat itu dilaksanakan selewat-lewatnya pada 1 Januari 2027.
Sementara itu, Shamsul Azri yang ditemui selepas majlis berkata, inisiatif kerajaan tersebut merupakan usaha menambah baik SSPA dengan mengambil kira pelbagai pandangan.
“Kita akan mulakan pada Januari 2027 dan dalam tempoh enam bulan ini kita akan perincikan syarat-syarat yang diperlukan,” katanya.
Berita berkaitan
March 9, 2026, 5:23 pm
JKNK siasat sama ada tekanan kerja, buli punca kematian doktor pelatih di HSIP
March 9, 2026, 5:01 pm
Gunaraj gesa polis siasat video individu pijak Trisul, simbol suci agama Hindu
March 9, 2026, 3:38 pm
Kurikulum 2027 buka peluang pelajar arus perdana belajar bahasa isyarat
March 9, 2026, 2:39 pm
Kerajaan mampu kekalkan harga RON95 RM1.99 sekurang-kurangnya dua bulan lagi - Amir Hamzah
March 9, 2026, 2:18 pm
MCMC tiada kuasa arah platform media sosial turunkan hantaran – Teo Nie Ching
March 9, 2026, 1:55 pm
Gaji penjawat awam diawalkan 13 Mac, bantu persiapan awal sambut Aidilfitri
March 9, 2026, 1:09 pm
Tarikh lihat anak bulan Syawal ditetapkan 19 Mac, Khamis
March 9, 2026, 11:33 am
Muhyiddin Yassin guna jawatan tarik jutaan ringgit kepada Bersatu - Pendakwaan
March 9, 2026, 11:10 am
