Berita Viral
Ah long biadab selamba baling cat merah, warganet luah rasa risau
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 9 Mac – Sekumpulan Ah long dipercayai bertindak melakukan kegiatan mengugut serta menakutkan mangsa di kawasan perumahan mengikut video yang tersebar di media sosial.
Video tersebut dirakam dari dalam sebuah kenderaan di hadapan kawasan perumahan, memaparkan seorang lelaki memegang telefon bimbit sambil merakam tindakannya membaling botol kaca berisi cat merah ke kawasan rumah terbabit.
Selain itu, terdapat juga satu lagi rakaman video menunjukkan individu yang dipercayai melempar kertas sembahyang di kawasan rumah.
Perbuatan tersebut dipercayai bertujuan menakutkan mangsa serta memberi tekanan kepada penghuni rumah.
Rakaman tersebut turut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial mempersoalkan tindakan berani individu terbabit melakukan perbuatan berkenaan di kawasan perumahan.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan tersebut.
“Dah 2026 pun baling cat merah lagi,” komen xzimmm.
Beberapa pengguna media sosial turut menanda akaun rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta pihak berkuasa mengambil perhatian terhadap kejadian berkenaan.
“@PDRMsia nampak ker tu,” komen RodziZulfikri
Setakat ini, lokasi sebenar dan masa kejadian masih belum dapat dipastikan, manakala tiada pengesahan sama ada laporan polis telah dibuat berhubung insiden tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan lanjut.
Berita berkaitan
April 24, 2026, 2:48 pm
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
