Berita Viral
Lelaki tular menyamun guna parang di stesen minyak ditahan polis
TEMERLOH 9 Mac – Polis menahan seorang lelaki selepas videonya menyamun di sebuah stesen minyak tular di media sosial pada 7 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahrun berkata, suspek yang berusia 42 tahun ditahan pada semalam.
Selain menahan suspek, polis turut merampas sebuah motosikal Yamaha 135LC, sebuah kereta Proton Persona, beberapa helai pakaian, parang, topi keledar, penutup muka serta sejumlah wang tunai dipercayai berkaitan dengan kegiatan samun berkenaan.
"Siasatan lanjut mendapati tangkapan tersebut turut membantu menyelesaikan dua kes samun kedai serbaneka 24 jam dan satu kes samun stesen minyak dilaporkan di sekitar Temerloh antara 1 hingga 7 Mac lalu.
"Polis juga memaklumkan suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, namun hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine," katanya.
Tambahnya, suspek kini direman sehingga 10 Mac bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan
Terdahulu, tular video samun bersenjata tular di media sosial di sebuah stesen minyak di Kerdau, Temerloh pada 7 Mac lalu.
Kejadian terjadi apabila mangsa didatangi seorang lelaki memakai penutup muka.
Suspek kemudian mengacukan sebilah parang ke arah mangsa sambil mengarahkan mangsa memasukkan wang tunai ke dalam beg.
Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Persona tanpa nombor pendaftaran.
Mangsa dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM2,000 hasil daripada kejadian samun tersebut.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
