Berita Viral
Kelibat harimau dikesan, penduduk Kampung Rahmat diminta jaga diri
SRI LALANG 9 Mac - Seekor harimau dilaporkan muncul di kawasan semak berhampiran Kampung Rahmat di Sri Lalang.
Rakaman video tular di media sosial menunjukkan haiwan tersebut bersembunyi di celah tumbuhan tebal sambil memerhati individu yang merakam kejadian itu.
Kejadian itu dipercayai berlaku pada waktu siang dan dirakam dari jarak yang agak dekat oleh individu yang berada di dalam kenderaan.
Video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi pihak warganet.
“Kesian Cik Rimau, harap dia selamat dari pemburu,” komen zairinismail
Penduduk sekitar diminta supaya lebih berhati-hati dan mengelakkan aktiviti di kawasan hutan atau semak berhampiran kampung buat sementara waktu.
Pihak berkuasa berkaitan dijangka akan menjalankan pemantauan dan siasatan lanjut bagi memastikan keselamatan penduduk serta menilai keadaan sebenar di lokasi kejadian
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat kelibat haiwan liar di kawasan tersebut digalakkan untuk segera memaklumkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
