TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Remaja maut motosikal dilanggar dari belakang ketika ke surau

By
|
Kongsi
image

SABAK BERNAM 10 Mac – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar dari arah belakang ketika dalam perjalanan ke surau di Jalan Kampung Dato Hormat, Sungai Air Tawar, malam tadi.

Kemalangan kira-kira pukul 8.30 malam itu mengakibatkan mangsa berusia 14 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ).

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal Modenas Kriss dalam perjalanan ke surau sebelum dilanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y16Z dari belakang ketika keluar membelok ke kanan.

“Perlanggaran itu menyebabkan remaja berkenaan tercampak dan mengalami kecederaan di kepala serta dalaman perut.

“Mangsa yang menerima rawatan di wad kecemasan HTAJ Sabak Bernam disahkan meninggal dunia pada pukul 9.14 malam,” katanya hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti Atikah Md. Ali di talian 013-3328212.

+ - reset