TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bekas calon PAS PRU12 maut kereta terjunam dalam sungai

By
|
Kongsi
image

JEMPOL 10 Mac – Seorang bekas calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) bagi Parlimen Jempol maut selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam sungai di Pekan Batu Kikir, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, mangsa, Siti Mariam Naam, 84, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah dengan memandu kereta Perodua Myvi selepas membeli barang di sebuah kedai penternakan haiwan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, setiba di lokasi kejadian di satu selekoh, pemandu kereta tersebut tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas lalu jatuh ke dalam sungai.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-2348669.

Untuk rekod, Siti Mariam yang juga aktivis Pas merupakan antara 13 calon muslimat yang bertanding di seluruh negara pada PRU 2008.

+ - reset