TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Alexander Nanta nafi kenyataan kerjasama GPS dengan PAS

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 Mac – Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan kenyataan yang tular di media sosial yang mengaitkan beliau dengan cadangan kerjasama politik antara GPS dan Pas.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Alexander menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular baru-baru ini kononnya saya pernah mengeluarkan kenyataan tertentu berkaitan kerjasama politik.

“Kenyataan tersebut tidak pernah saya keluarkan dan adalah tidak benar sama sekali,” tulisnya.

Alexander yang juga Menteri Kerja Raya berkata, beliau kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga mengelirukan pelbagai pihak.

“Hentikan penyebaran maklumat tidak sahih. Semak fakta sebelum berkongsi,” tegasnya.

Terdahulu, tular di media sosial satu kenyataan dan poster yang mengaitkan Ahli Parlimen Kapit itu dengan cadangan kerjasama antara GPS dan Pas.

Poster berkenaan turut mendakwa GPS tidak mempunyai halangan untuk bekerjasama dengan Pas, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

+ - reset