TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Insiden bakar kereta Cikgu Chandra jenayah serius – Sanjeevan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 Mac – Insiden pembakaran tiga kenderaan milik seorang guru dikenali sebagai Cikgu Chandra awal pagi tadi disifatkan sebagai jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan.

Pemangku Ketua Bersekutu Bersatu Malaysia, Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti serta menahan individu yang terlibat.

Menurutnya, tindakan membakar kenderaan bukan sahaja melibatkan kerosakan harta benda malah boleh mengancam keselamatan awam.

“Perbuatan membakar kenderaan merupakan satu jenayah serius dan jelas mencabar undang-undang negara.

“Saya menggesa PDRM menjalankan siasatan secara menyeluruh dan segera bagi mengenal pasti serta menahan pihak yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sanjeevan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia berkata, sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan jenayah sedemikian sebenarnya mencabar kewibawaan pihak penguat kuasa serta sistem undang-undang negara.

Beliau menegaskan tindakan tegas perlu diambil terhadap pelaku dan mereka harus dibawa ke muka pengadilan.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai supaya kekal tenang serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut sehingga siasatan rasmi selesai dijalankan.

“Saya percaya PDRM mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk menyelesaikan kes ini dengan cepat serta memastikan keadilan ditegakkan,” katanya.

+ - reset