Berita Berita
Mat Sabu ingatkan warga KPKM kerja dengan ikhlas dan amanah
KUALA LUMPUR 11 Mac – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan seluruh warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) supaya melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan dan amanah demi kepentingan rakyat.
Menurut beliau, setiap tanggungjawab yang digalas bukan sekadar tugas harian, sebaliknya amanah besar dalam memastikan kebajikan petani, penternak dan nelayan terus terpelihara.
“Bang Mat pesan kepada semua warga KPKM, buatlah kerja dengan ikhlas dan amanah. Apa juga tugas kita, lakukan yang terbaik demi rakyat.
“Kerja yang kita buat ini bukan sekadar tugas harian, tetapi satu amanah besar yang perlu kita pikul bersama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, beliau sempat meluangkan masa berbuka puasa bersama warga kementerian itu dan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
Katanya, kesempatan duduk berbuka, berbual dan bertanya khabar mampu merapatkan lagi hubungan sesama warga kementerian.
Berita berkaitan
March 11, 2026, 11:19 am
'Hanya alihkan batang besi terbiar yang tajam, berkarat' - Tamrin nafi hina simbol suci agama Hindu
March 11, 2026, 11:17 am
PAS gesa ketegangan isu agama dan kaum ditangani segera
March 11, 2026, 11:01 am
Akmal gesa tindakan tegas terhadap semua pihak cetus ketegangan
March 11, 2026, 10:56 am
Syarikat kurier kongsi tarikh penting pos barang sebelum Aidilfitri
March 11, 2026, 10:51 am
Polis buru lelaki patahkan cermin sisi kereta di Cheras
March 11, 2026, 10:42 am
Kira-kira 20 kubur rosak akibat tanah runtuh di Tanah Perkuburan Sim-Sim
March 11, 2026, 10:35 am
Warga emas maut tertimbus tanah runtuh di belakang hotel
March 10, 2026, 10:58 pm
