Berita Berita
Kira-kira 20 kubur rosak akibat tanah runtuh di Tanah Perkuburan Sim-Sim
SANDAKAN 11 Mac – Kira-kira 20 kubur di Tanah Perkuburan Sim-Sim di sini dilaporkan rosak akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan, Sulaiman Salama berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6 pagi dengan runtuhan dipercayai berlaku susulan hujan lebat sejak semalam.
Menurutnya, hasil pemantauan setakat ini mendapati runtuhan melibatkan kawasan cerun di tanah perkuburan berkenaan.
“Kawasan jalan raya tidak terjejas kerana jarak runtuhan dianggarkan berlaku kira-kira 12 meter daripada laluan utama.
“Pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan kawasan sekitar sentiasa terjamin,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sulaiman turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak berada berhampiran kawasan tersebut terutama ketika hujan berterusan kerana dikhuatiri berlaku runtuhan susulan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut menjalankan pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir susulan hujan yang berterusan.
Antara kawasan yang dipantau termasuk Batu 16, Ladang Sandakan di Batu 10 serta Batu Sapi.
“Setakat pemantauan yang dilakukan bermula pukul 2 pagi tadi, kebanyakan kawasan masih dalam keadaan terkawal dan tiada penempatan dilaporkan terjejas.
“Bagaimanapun, terdapat limpahan air di Jalan Lintas Batu Sapi yang menyebabkan gangguan lalu lintas, namun laluan tersebut masih boleh digunakan,” katanya.
Berita berkaitan
March 11, 2026, 12:47 pm
345 institusi pendidikan MARA terima cuti tambahan sempena Aidilfitri - Asyraf Wajdi
March 11, 2026, 12:28 pm
Wan Saiful dipanggil polis berhubung siasatan dakwaan cubaan guling kerajaan
March 11, 2026, 11:58 am
Hampir 400,000 permohonan Tahun Satu 2027 direkodkan setakat ini – KPM
March 11, 2026, 11:19 am
'Hanya alihkan batang besi terbiar yang tajam, berkarat' - Tamrin nafi hina simbol suci agama Hindu
March 11, 2026, 11:17 am
PAS gesa ketegangan isu agama dan kaum ditangani segera
March 11, 2026, 11:01 am
Akmal gesa tindakan tegas terhadap semua pihak cetus ketegangan
March 11, 2026, 10:56 am
Syarikat kurier kongsi tarikh penting pos barang sebelum Aidilfitri
March 11, 2026, 10:51 am
Polis buru lelaki patahkan cermin sisi kereta di Cheras
March 11, 2026, 10:35 am
