Berita Berita
Akmal gesa tindakan tegas terhadap semua pihak cetus ketegangan
KUALA LUMPUR 11 Mac – Tindakan tegas bukan sahaja perlu dikenakan terhadap individu yang didakwa memijak simbol trisula, malah juga terhadap pihak ekstremis yang mengugut dengan kekerasan, menyerang rumah serta membakar kenderaan orang lain.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh berkata, tindakan kumpulan ekstremis tersebut jauh lebih berbahaya dan tidak boleh dipandang ringan.
Sehubungan itu, katanya, tindakan tegas perlu diambil terhadap semua pihak yang terlibat bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.
“Jangan lihat sebelah pihak sahaja, pihak yang sebelah sana juga perlu dihukum,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan beberapa pihak yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap seorang aktivis selepas tular klip video yang didakwa memaparkan individu menghina simbol agama Hindu.
Baru-baru ini, tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar, dipercayai dilakukan oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali.
Sebelum kejadian itu, rumah Cikgu Chandra di Puchong juga didakwa diserang sekumpulan lelaki yang memecahkan cermin kereta serta tingkap kediamannya.
Serangan tersebut berlaku hanya beberapa hari selepas seorang pendakwah bebas terkenal, Zamri Vinoth dilaporkan diserang sekumpulan lelaki ketika berada di dalam keretanya.
Sebelum beberapa insiden berkenaan, turut tular kejadian melibatkan seorang pelajar universiti, S. Vikneswaran yang didakwa memijak al-Quran.
Penuntut itu didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan objek yang dianggap suci, iaitu al-Quran, dengan memijaknya yang disifatkan sebagai penghinaan terhadap Islam.
Seksyen 295 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Selain itu, beliau turut didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana membuat serta memulakan hantaran komunikasi yang bersifat jelik melampau dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Threads.
Seksyen 233 akta tersebut memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Berita berkaitan
March 11, 2026, 12:47 pm
345 institusi pendidikan MARA terima cuti tambahan sempena Aidilfitri - Asyraf Wajdi
March 11, 2026, 12:28 pm
Wan Saiful dipanggil polis berhubung siasatan dakwaan cubaan guling kerajaan
March 11, 2026, 11:58 am
Hampir 400,000 permohonan Tahun Satu 2027 direkodkan setakat ini – KPM
March 11, 2026, 11:19 am
'Hanya alihkan batang besi terbiar yang tajam, berkarat' - Tamrin nafi hina simbol suci agama Hindu
March 11, 2026, 11:17 am
PAS gesa ketegangan isu agama dan kaum ditangani segera
March 11, 2026, 10:56 am
Syarikat kurier kongsi tarikh penting pos barang sebelum Aidilfitri
March 11, 2026, 10:51 am
Polis buru lelaki patahkan cermin sisi kereta di Cheras
March 11, 2026, 10:42 am
Kira-kira 20 kubur rosak akibat tanah runtuh di Tanah Perkuburan Sim-Sim
March 11, 2026, 10:35 am
