Berita Berita
Syarikat kurier kongsi tarikh penting pos barang sebelum Aidilfitri
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 11 Mac – Beberapa syarikat kurier mula berkongsi tarikh penting penghantaran bungkusan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan barangan dapat diterima sebelum perayaan.
J&T Express memaklumkan pelanggan disaran membuat penghantaran lebih awal berdasarkan tarikh tertentu bagi mengelakkan kelewatan.
“Bagi laluan Semenanjung Malaysia ke Semenanjung Malaysia, tarikh penghantaran optimum adalah sebelum 16 Mac bagi memastikan bungkusan sampai sebelum Hari Raya.
“Sementara itu, bagi laluan Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak serta sebaliknya, pelanggan disaran menghantar bungkusan sebelum 12 Mac,” menurut kenyataan syarikat itu.
Bagi penghantaran antara Sabah dan Sarawak pula, tarikh optimum ditetapkan sebelum 14 Mac.
Sementara itu, Ninja Van memaklumkan tarikh penghantaran terakhir bagi memastikan bungkusan sempat tiba sebelum Hari Raya ialah 13 Mac bagi Sabah dan Sarawak serta 16 Mac bagi Semenanjung Malaysia.
Selain itu, syarikat berkenaan turut menetapkan 13 Mac sebagai tarikh akhir pengambilan bungkusan bagi beberapa perkhidmatan tertentu.
“Semua penghantaran akan dihentikan sementara bermula 21 Mac dan operasi dijangka disambung semula pada 23 Mac,” katanya.
City-Link Express pula memaklumkan bagi Semenanjung Malaysia, tarikh penghantaran yang disarankan ialah sebelum 16 Mac manakala bagi Sabah dan Sarawak pelanggan disaran membuat penghantaran sebelum 13 Mac.
Operasi syarikat itu akan berjalan secara terhad pada 20 Mac sebelum ditutup sementara bermula 21 hingga 23 Mac.
GD Express menetapkan tarikh pengambilan bungkusan bagi Semenanjung Malaysia sehingga 16 Mac.
Bagi penghantaran ke Sabah dan Sarawak pula, pelanggan disaran membuat penghantaran sebelum 13 Mac dan bungkusan yang dihantar selepas tarikh tersebut dijangka hanya sampai kepada penerima selepas 24 Mac.
Dalam masa sama, Pos Malaysia memaklumkan beberapa perkhidmatan penghantaran dan pengambilan bungkusan akan ditutup pada 21 dan 22 Mac sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Operasi juga ditutup pada 23 Mac di Johor sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Johor serta pada 24 Mac di Melaka dan Johor sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Berita berkaitan
March 11, 2026, 12:47 pm
345 institusi pendidikan MARA terima cuti tambahan sempena Aidilfitri - Asyraf Wajdi
March 11, 2026, 12:28 pm
Wan Saiful dipanggil polis berhubung siasatan dakwaan cubaan guling kerajaan
March 11, 2026, 11:58 am
Hampir 400,000 permohonan Tahun Satu 2027 direkodkan setakat ini – KPM
March 11, 2026, 11:19 am
'Hanya alihkan batang besi terbiar yang tajam, berkarat' - Tamrin nafi hina simbol suci agama Hindu
March 11, 2026, 11:17 am
PAS gesa ketegangan isu agama dan kaum ditangani segera
March 11, 2026, 11:01 am
Akmal gesa tindakan tegas terhadap semua pihak cetus ketegangan
March 11, 2026, 10:51 am
Polis buru lelaki patahkan cermin sisi kereta di Cheras
March 11, 2026, 10:42 am
Kira-kira 20 kubur rosak akibat tanah runtuh di Tanah Perkuburan Sim-Sim
March 11, 2026, 10:35 am
