Berita Berita
PAS gesa ketegangan isu agama dan kaum ditangani segera
KUALA LUMPUR 11 Mac – Pas menggesa pihak berkuasa mengurus ketegangan atau pertikaian berkaitan isu agama dan kaum yang berlaku ketika ini dengan segera, telus dan adil.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penjelasan tepat, penguatkuasaan undang-undang yang adil serta komunikasi krisis yang jelas daripada pihak berwajib amat penting bagi mengelakkan salah faham, spekulasi dan peningkatan ketegangan dalam masyarakat.
Menurutnya, Pas turut menggesa semua pihak termasuk pemimpin, pertubuhan dan platform media supaya bertindak secara matang serta bertanggungjawab ketika mengulas atau melaporkan isu sensitif sedemikian.
“Pada masa seperti ini, Malaysia memerlukan suara yang menenteramkan keadaan, bukan yang memarakkan ketegangan.
“Pas memandang serius ketegangan dan pertelingkahan terbuka melibatkan beberapa pertubuhan serta individu beragama Hindu dengan sosok tertentu dalam kalangan anggota masyarakat, khususnya yang beragama Islam kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Takiyuddin berkata, isu berkaitan agama dan identiti kaum perlu ditangani dengan penuh kebijaksanaan, sikap tenang serta kepekaan terhadap sifat masyarakat Malaysia yang majmuk.
Tambahnya, sensitiviti berkaitan agama, sejarah dan tempat ibadat amat dekat dengan setiap komuniti dan perlu diurus secara berhemah tanpa sebarang provokasi atau tindakan melampau.
“Percubaan untuk membingkaikan isu ini dengan cara yang menyuburkan syak wasangka, kebencian dan permusuhan antara komuniti adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan mesti ditolak oleh semua pihak,” katanya.
Beliau menegaskan keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai latar belakang kepercayaan serta budaya perlu terus dipelihara dengan menjunjung hak dan kehormatan setiap individu seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, Pas akan terus komited dalam usaha memelihara keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Berita berkaitan
March 11, 2026, 12:47 pm
345 institusi pendidikan MARA terima cuti tambahan sempena Aidilfitri - Asyraf Wajdi
March 11, 2026, 12:28 pm
Wan Saiful dipanggil polis berhubung siasatan dakwaan cubaan guling kerajaan
March 11, 2026, 11:58 am
Hampir 400,000 permohonan Tahun Satu 2027 direkodkan setakat ini – KPM
March 11, 2026, 11:19 am
'Hanya alihkan batang besi terbiar yang tajam, berkarat' - Tamrin nafi hina simbol suci agama Hindu
March 11, 2026, 11:01 am
Akmal gesa tindakan tegas terhadap semua pihak cetus ketegangan
March 11, 2026, 10:56 am
Syarikat kurier kongsi tarikh penting pos barang sebelum Aidilfitri
March 11, 2026, 10:51 am
Polis buru lelaki patahkan cermin sisi kereta di Cheras
March 11, 2026, 10:42 am
Kira-kira 20 kubur rosak akibat tanah runtuh di Tanah Perkuburan Sim-Sim
March 11, 2026, 10:35 am
