Berita Viral
(VIDEO) Misteri seluar dalam hilang terungkai, rupanya kena "rembat' tengah malam
Oleh AZIM SAAD
JEMPOL 11 Mac - Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai mencuri pakaian dalam di kawasan rumah pada jam 1:32 pagi semalam.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Menerusi video yang tular di media sosial, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sekitar kawasan perumahan di Jempol, Negeri Sembilan.
Video berdurasi itu menunjukkan seorang individu memasuki kawasan rumah dengan memanjat pagar rumah berkenaan.
Rakaman CCTV tersebut memaparkan suspek bergerak secara berhati-hati sebelum mengambil pakaian dalam berkenaan dan meninggalkan kawasan itu.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
