Berita Berita
345 institusi pendidikan MARA terima cuti tambahan sempena Aidilfitri - Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR 11 Mac – Kesemua 345 institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan diberikan satu hari cuti tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi MARA, Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di laman sosial rasminya hari ini.
Menurut beliau, keputusan berkenaan dibuat selepas perbincangan bersama Ketua Pengarah MARA, Zulfikri Osman.
"Saya sudah berbincang dengan Ketua Pengarah MARA untuk turut memberikan satu hari cuti tambahan bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua 345 Institusi Pendidikan MARA. Kenyataan rasmi daripada MARA akan menyusul," katanya secara ringkas menerusi Facebook rasmi.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengumumkan pemberian satu hari cuti tambahan pada 18 Mac kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
KPM dalam kenyataan sama memaklumkan langkah itu bertujuan memberi ruang kepada guru, murid serta ibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri dalam suasana lebih teratur.
Berita berkaitan
March 11, 2026, 2:44 pm
PDRM umum pertukaran, kenaikan pangkat 11 pegawai kanan
March 11, 2026, 2:39 pm
MTUC syor insentif Aidilfitri untuk pekerja swasta
March 11, 2026, 2:04 pm
Mahkamah tolak saman bekas pelajar sembunyi iPhone dalam pakaian dalam ketika peperiksaan
March 11, 2026, 1:35 pm
Lelaki baran hentak kepala teman wanita pada stereng kereta
March 11, 2026, 12:28 pm
Wan Saiful dipanggil polis berhubung siasatan dakwaan cubaan guling kerajaan
March 11, 2026, 11:58 am
Hampir 400,000 permohonan Tahun Satu 2027 direkodkan setakat ini – KPM
March 11, 2026, 11:19 am
'Hanya alihkan batang besi terbiar yang tajam, berkarat' - Tamrin nafi hina simbol suci agama Hindu
March 11, 2026, 11:17 am
PAS gesa ketegangan isu agama dan kaum ditangani segera
March 11, 2026, 11:01 am
