Berita Viral
(VIDEO) Rumah nyaris hangus gara-gara mercun
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 11 Mac - Sebuah rumah nyaris mengalami kebakaran selepas dipercayai terkena percikan api daripada mercun.
Kejadian itu dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian hadapan rumah pada jam 10.41 malam kelmarin.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Rakaman menunjukkan api menyambar di bahagian kanan rumah berhampiran mesin basuh.
Menurut pemilik rumah, beliau bersyukur kerana kebakaran itu disedari lebih awal oleh individu yang melalui kawasan tersebut.
“Kebetulan masa itu tiada orang di rumah, nasib adik-adik ada di rumah tolong padamkan,” katanya.
Dalam rakaman tersebut, api kelihatan marak di satu sudut rumah dan berpotensi merebak ke bahagian lain sekiranya tidak disedari dengan cepat.
Pemilik rumah turut percaya kejadian itu berpunca daripada tindakan kanak-kanak bermain mercun di kawasan berhampiran.
Perkongsian tersebut mendapat banyak reaksi netizen berkenaan mercun.
“Budak-budak pun kalau nak main mercun pergi lah tempat lapang sikit jangan kat tempat perumahan,” komen amirulrobot.
Terdapat juga pengguna mendakwa pentingnya alat pemadam api di rumah.
“Dugaan bulan puasa, sebab ni lah saya sediakan jugak alat pemadam api di rumah,” kata fudgypeanutbutter.
Ibu bapa dinasihatkan agar memantau aktiviti anak-anak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Insiden ini menjadi peringatan kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan mercun atau bunga api di kawasan perumahan.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
