Berita Berita
Cikgu Chandra tidak akan pindah walau rumah diceroboh, kereta dibakar
SERDANG 11 Mac – Aktivis masyarakat, S Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra menegaskan beliau tidak akan berpindah atau melarikan diri meskipun kediamannya diceroboh dan kereta dibakar baru-baru ini.
"Saya tidak akan berpindah ke mana-mana dan tidak akan melarikan diri dari kawasan ini. Saya percaya hampir keseluruhan rakyat Malaysia sedang menyokong perjuangan ini," katanya.
Chandra menegaskan bahawa insiden tersebut tidak melemahkan semangatnya, malah menguatkan tekadnya untuk terus memperjuangkan isu pencerobohan tanah dan kegiatan gangsterism yang memberi kesan kepada masyarakat.
"Saya kini berada dalam keadaan baik dan mendapat sokongan kuat daripada keluarga dan orang ramai. Ramai pihak memberikan sokongan kepada saya. Ada juga pihak media yang menghubungi dan bertanya sama ada saya akan berhenti selepas insiden ini. Jawapan saya jelas, tidak. Insiden ini sebaliknya menaikkan lagi semangat saya untuk terus bersuara," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau menambah bahawa dirinya tidak akan gentar dengan sebarang ugutan dan tidak bercadang meninggalkan kawasan tempat tinggalnya.
Dua laporan polis telah diterima berhubung insiden khianat serta ugutan jenayah membabitkan Cikgu Chandra di perumahan Taman Kinrara, Puchong, pada 9 Mac lalu dan semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan bahawa siasatan insiden pertama dijalankan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat serta ugutan jenayah. Bagi insiden kedua, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan berhubung khianat dengan api yang membabitkan kenderaan di lokasi sama.
Berita berkaitan
March 11, 2026, 3:30 pm
Kes samun berkumpulan Gombak didalangi orang awam, bukan anggota polis - KP Selangor
March 11, 2026, 2:44 pm
PDRM umum pertukaran, kenaikan pangkat 11 pegawai kanan
March 11, 2026, 2:39 pm
MTUC syor insentif Aidilfitri untuk pekerja swasta
March 11, 2026, 2:04 pm
Mahkamah tolak saman bekas pelajar sembunyi iPhone dalam pakaian dalam ketika peperiksaan
March 11, 2026, 1:35 pm
Lelaki baran hentak kepala teman wanita pada stereng kereta
March 11, 2026, 12:47 pm
345 institusi pendidikan MARA terima cuti tambahan sempena Aidilfitri - Asyraf Wajdi
March 11, 2026, 12:28 pm
Wan Saiful dipanggil polis berhubung siasatan dakwaan cubaan guling kerajaan
March 11, 2026, 11:58 am
Hampir 400,000 permohonan Tahun Satu 2027 direkodkan setakat ini – KPM
March 11, 2026, 11:19 am
