Berita Viral
(VIDEO) Ramai masih belum peka, abang bomba kongsi sikap penting diri pengguna jalan raya
Oleh AZIM SAID
KAPAR 11 Mac - Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan situasi sebuah jentera bomba dipercayai sedang dalam perjalanan kecemasan.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Namun, jentera tersebut berdepan kesukaran apabila beberapa kenderaan di hadapan tidak segera memberi laluan.
Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan trafik agak sesak dengan barisan kenderaan berhenti di lampu isyarat sementara jentera bomba tersekat di trafik tersebut.
Perkongsian tersebut meluahkan rasa kecewa kerana masih ada pemandu yang didakwa tidak memberi laluan kepada kenderaan kecemasan.
Pihak bomba terpaksa melawan arus jalan demi meneruskan perjalanan ke lokasi kebakaran.
Rakaman itu kemudiannya mendapat perhatian ramai pengguna media sosial mengecam sikap pemandu terbabit.
“Maaf yang dekat lampu isyarat tu semua tak berapa cerdik ker, banyak jer ruang nak beri laluan kepada jentera bomba,” komen zkwnz.
“Sakit hati betul tengok yang tak nak gerak tu,” komen serigalakecik.
Insiden itu sekali lagi membuka perbincangan mengenai tahap kesedaran pengguna jalan raya terhadap kepentingan memberi laluan kepada kenderaan kecemasan.
Ramai berharap agar sikap lebih bertanggungjawab dapat diamalkan demi memastikan bantuan kecemasan dapat sampai ke lokasi tanpa sebarang halangan.
Berita berkaitan
April 24, 2026, 2:48 pm
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
