Berita Berita
Kerajaan mula langkah berjimat, PM umum tiada rumah terbuka Aidilfitri tahun ini
KUALA LUMPUR 11 Mac - Kerajaan mengarahkan semua agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) supaya tidak menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri, tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan ia bagi memberi mesej berbelanja dengan cermat, susulan kesan ekonomi daripada konflik peperangan antara Amerika Syarikat-Israel dan Iran.
"Sebagai petanda supaya pimpinan memulakan langkah yang lebih positif, saya telah memutuskan bersama Jemaah Menteri supaya semua agensi kerajaan, GLC dan GLIC tidak akan menganjurkan perayaan rumah terbuka Aidilfitri.
"Ini memberikan satu mesej supaya perbelanjaan lebih cermat dan sederhana," katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga walaupun keadaan bekalan barangan asas seperti minyak dan gas ketika ini masih mencukupi.
"Ada yang bertanya, kalau keadaan masih terkawal dan barang keperluan seperti minyak dan gas boleh disediakan, apa keperluannya?
"Kita perlu waspada dan berjimat. Ini langkah yang waras supaya kita tidak terjebak dengan keadaan yang lebih parah," katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan mahu pimpinan negara menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dengan mengamalkan sikap sederhana dalam perbelanjaan.
Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan bahawa langkah penjimatan itu turut membabitkan sekatan terhadap lawatan luar negara oleh anggota pentadbiran kerajaan.
Menurutnya, menteri serta pegawai kerajaan hanya dibenarkan menghadiri lawatan rasmi yang benar-benar penting atau sudah dijadualkan lebih awal.
"Untuk itu juga, menteri dan seluruh anggota pentadbiran serta jabatan dihadkan lawatan atau kunjungan ke luar negara, melainkan yang memang dalam jadual wajib yang perlu dihadiri," katanya.
Berita berkaitan
March 17, 2026, 5:53 pm
Polis buru lelaki belasah isteri, langgar kepala guna motosikal hingga cedera
March 17, 2026, 4:54 pm
Lelaki ‘naik minyak’ tetak rakan sekerja selepas ditegur nasi belum masak
March 17, 2026, 4:18 pm
Anwar gesa pintu Masjid Al-Aqsa dibuka segera
March 17, 2026, 4:12 pm
Cadangan WFH penjawat awam tidak libat sektor pendidikan, kesihatan buat masa ini
March 17, 2026, 3:54 pm
Malaysia sambut baik Intel mula operasi kompleks pembungkusan termaju
March 17, 2026, 3:43 pm
Anggota tentera wanita dipenjara tujuh tahun kes amang seksual anak
March 17, 2026, 3:22 pm
Zamri Vinoth dibebas dengan ikat jamin RM4,500
March 17, 2026, 3:19 pm
DBKL bakal lancar portal digital baharu, percepat kelulusan perniagaan tanpa kerenah birokrasi
March 17, 2026, 3:13 pm
