Berita Berita
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
PUTRAJAYA 11 Mac - Kerajaan meluluskan pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey, Selangor sebagai projek infrastruktur strategik bagi memperkukuh sektor pelabuhan dan logistik negara.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet hari ini yang meluluskan memorandum Kementerian Pengangkutan (MOT) berhubung pembangunan projek berkenaan.
Beliau berkata, projek tersebut akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor dengan MOT bertindak sebagai badan pengawal selia bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.
"Projek ini telah pun dinyatakan sebelum ini tetapi keputusan Jemaah Menteri hari ini telah memperinci model pelaksanaannya, iaitu kita akan meluluskan permohonan Kerajaan Negeri Selangor sebagai peneraju pembangunan ini.
"MOT akan terus menjadi badan pengawal selia untuk memastikan projek ini dilaksanakan dengan teratur dan baik," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan, Paduan Kasih MADANI dan Ihya Ramadan MOT 2026 di sini hari ini.
Menurutnya, kerajaan negeri Selangor akan menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) bersama-sama syarikat swasta bagi mendapatkan pelaburan untuk membina serta mengoperasikan pelabuhan ketiga di Pelabuhan Klang.
"Ini satu projek jangka panjang yang penting untuk negara, iaitu satu infrastruktur yang cukup besar dan strategik… ini memberikan gambaran dan isyarat bahawa walaupun kita berdepan cabaran geopolitik dunia pada hari ini, ia tidak akan membantutkan pembangunan negara kita.
"Kita akan terus mara ke hadapan untuk memastikan projek-projek infrastruktur yang penting akan dilaksana," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi berkaitan supaya bergerak pantas dalam merealisasikan pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey.
Anwar berkata, projek tersebut perlu dijadikan model baharu pelaksanaan pembangunan negara yang lebih cekap, tersusun dan berintegriti.
Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey merupakan projek strategik yang penting bagi memperkukuh keupayaan ekonomi serta kedudukan Malaysia dalam sektor pelabuhan dan logistik.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:02 pm
