Berita Berita
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
KUALA LUMPUR 12 Mac – Cubaan melarikan diri daripada serbuan polis berakhir tragedi apabila seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat tiga sebuah unit kediaman di Jalan Gombak di sini malam tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.07 malam ketika sepasukan anggota polis menjalankan serbuan di lokasi berkenaan berkaitan kes kecurian motosikal.
"Kedua-dua suspek cuba melarikan diri dengan bertindak terjun daripada tingkat tiga bangunan. Seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi selamat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).
Beliau berkata, serbuan sama turut membawa kepada penahanan 12 individu yang berada di kediaman berkenaan.
"Polis menahan 12 individu terdiri daripada empat lelaki, lima wanita dan tiga kanak-kanak berumur lingkungan tiga hingga 42 tahun termasuk dua warganegara Indonesia. Polis juga merampas dua motosikal curi dan beberapa jenis dadah di kediaman itu.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.
Fadil turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut bagi mengelakkan kekeliruan serta kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
