TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik

By
|
Kongsi
image

 

SERDANG 12 Mac – Kediaman aktivis, S. Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra sekali lagi didatangi sekumpulan individu termasuk seorang bekas ahli politik yang juga pempengaruh media sosial yang didakwa membuat ugutan pagi ini.

Cikgu Chandra berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi apabila lelaki tersebut bersama beberapa individu lain datang ke rumahnya sebelum bertindak agresif dan melakukan provokasi.

"Kejadian berlaku hampir setengah jam apabila mereka bertindak agresif dan melakukan provokasi.

"Bagaimanapun, keadaan terkawal kerana polis pun menjaga kawasan perumahan saya bagi mengelak insiden tidak diingini terjadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Cikgu Chandra memaklumkan beliau akan terus tinggal di kediamannya dan tidak berhasrat untuk berpindah.

Sementara itu, polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung insiden khianat serta ugutan jenayah membabitkan Cikgu Chandra di kawasan perumahan Taman Kinrara, Puchong di sini pada 9 Mac lalu dan kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, bagi insiden pertama siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat serta ugutan jenayah.

Bagi insiden kedua pula, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan berhubung kejadian khianat dengan api yang membabitkan kenderaan di lokasi sama.

+ - reset