Berita Berita
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
KUALA LUMPUR 12 Mac - Bagi menghargai jasa artis veteran yang juga pelawak, Sathia, yang sedang menghidap penyakit kencing manis, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghulurkan bantuan di Hospital Ampang, di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang diwakili pegawai khasnya, Arvend Applasamy itu bertujuan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap kesihatan Sathia serta keluarganya.
Dalam lawatan berkenaan, Arvend turut menyampaikan sumbangan kewangan mewakili Ahmad Zahid kepada keluarga artis itu.
Sathia, yang kini sedang menjalani rawatan, menerima kehadiran pegawai khas itu dengan penuh terharu, manakala keluarga beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan moral dan bantuan yang diberikan.
Lawatan ini turut mendapat perhatian peminat dan rakan artis sebagai simbol sokongan masyarakat terhadap pelawak yang banyak menghiburkan rakyat Malaysia melalui bakat dan jenakanya. - Media Telus
Berita berkaitan
March 12, 2026, 3:25 pm
'Banyak benda dah diatur' - Pulau Pinang teruskan rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana
March 12, 2026, 2:47 pm
Trafik lebuh raya dijangka cecah 2.3 juta kenderaan sehari sempena Aidilfitri
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
