Berita Berita
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
BUKIT MERTAJAM 12 Mac – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dijangka mengadakan mesyuarat hari ini bagi membincangkan strategi baharu untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 susulan ketegangan yang berlaku di Asia Barat.
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, mesyuarat dalaman bersama pihak berkepentingan industri pelancongan itu akan meneliti perkembangan semasa selain menyusun semula strategi promosi yang dirancang sebelum ini.
Katanya, strategi berkenaan akan diumumkan selepas perbincangan tersebut selesai.
"Memang akan terjejas (promosi TMM yang telah dirancang)... bagaimanapun, kita akan adakan satu mesyuarat petang esok antaranya dalam kementerian kita akan berbincang untuk menyusun balik (rancangan) ke strategi baharu.
"Jadi tunggu sekejap, bagi kita berbincang dahulu selepas itu nanti saya akan maklumkan," katanya ketika menghadiri Program Iftar Ramadan sempena TMM 2026 di padang inap desa Kampung Mengkuang Titi, Permatang Pauh, di sini, semalam.
Seramai 1,300 penduduk sekitar Permatang Pauh menghadiri majlis secara santai itu termasuk 30 pelajar pertukaran Universiti Sains Malaysia (USM) dari Iraq, Iran, Korea Selatan dan China.
Turut hadir, Exco Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Pulau Pinang, Goh Choon Aik.
Mengulas mengenai gangguan penerbangan ke Asia Barat, King Sing berkata beberapa syarikat penerbangan terpaksa menggantung sementara operasi penerbangan berikutan penutupan ruang udara di rantau tersebut.
"Selepas perbincangan nanti, kita akan melihat bagaimana strategi boleh diselaraskan serta bagaimana kita boleh menampung kesan terbabit melalui usaha promosi lain," katanya.
Kempen TMM 2026 menyasarkan ketibaan awal 47 juta pelancong antarabangsa dengan hasil pelancongan diunjurkan mencecah RM329 bilion.
Pada bulan pertama TMM 2026, sebanyak 9.4 juta pergerakan penumpang direkodkan di semua lapangan terbang kendalian Malaysia Airports Holdings Berhad di seluruh negara.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
