TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ada lagi yang akan dipanggil, polis rakam keterangan 12 individu bantu siasatan kematian bayi di taska

By
|
Kongsi
image

 

BUKIT MERTAJAM 11 Mac – Polis telah merekodkan keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah pusat asuhan dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, mereka yang dipanggil memberi keterangan terdiri daripada pekerja dan pemilik pusat asuhan berkenaan selain ibu bapa bayi tersebut.

"Polis akan memanggil beberapa lagi individu untuk dirakamkan kenyataan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, polis mengesahkan kematian bayi dikenali sebagai Hayl Haarith Mohd Syafaeez pada pukul 4.20 pagi Isnin selepas dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSJ dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, bayi itu dihantar ke pusat asuhan yang beroperasi 24 jam sehari kerana ibunya yang bekerja sebagai jururawat bertugas pada syif malam.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua wanita berusia 22 tahun yang kini direman sehingga 16 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh.

+ - reset