Berita Viral
Penduduk apartment di Puchong persoal individu bina 'kuil mini' di tangga, ganggu laluan
Oleh AZIM SAID
PUCHONG 12 Mac – Sebuah binaan menyerupai altar atau tokong yang didakwa didirikan di laluan tangga sebuah pangsapuri di Apartmen Desa Tanjung Puchong menjadi perhatian selepas gambar dan perbualan mengenainya tular di media sosial.
Perkongsian tersebut memaparkan struktur kecil lengkap dengan patung serta hiasan yang diletakkan di bahagian tepi tangga.
Binaan tersebut dipercayai di kawasan laluan utama penduduk yang menggunakan tangga bangunan berkenaan.
Individu yang berkongsi gambar itu mendakwa binaan tersebut merupakan struktur tidak dibenarkan selain mengganggu laluan utama penduduk.
Situasi itu menimbulkan perbincangan dalam kalangan netizen yang berpendapat kemudahan bersama seperti tangga dan koridor sepatutnya kekal bebas daripada sebarang halangan.
“Kepada kaum India beragama Hindu, tolong jangan buat begini yer, hormat dengan orang lain kita akan hormat kamu,” katanya di perkongsian tersebut.
Perkongsian tersebut mendapat banyak reaksi warganet berkenaan isu ini.
“Letak benda alah ni dalam rumah dia tak boleh ker? Kenapa mesti buat luar rumah?,” komen fidziemajid.
Seorang pengguna bernama newumtomsl yang mendakwa dirinya berbangsa India juga memberi ulasan berkaitan isu ini.
“Ini memang salah, saya tidak boleh terima dan galakkan penduduk membuat laporan kepada pihak pengurusan.
“Biar tuan rumah yang alihkan kalau tuan rumah keras hati panggil polis, biar depan polis dia alihkan,” katanya.
Selain itu, ramai penganut Hindu di ruangan komen memohon maaf atas sikap segelintir individu lain.
“ Maaf, bang, ini sangat salah kerana menyekat separuh ruangan tangga,” komen perakbornrastaguy.
Setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan pangsapuri atau pihak berkuasa tempatan berhubung status binaan tersebut.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
