Berita Berita
'Banyak benda dah diatur' - Pulau Pinang teruskan rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana
GEORGETOWN 12 Mac – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri di negeri itu secara sederhana walaupun terdapat saranan supaya agensi kerajaan tidak mengadakan majlis berkenaan.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini kerajaan negeri masih belum menerima sebarang pekeliling rasmi daripada Ketua Setiausaha Negara berhubung saranan tersebut.
"Secara peribadi, saya rasa kerana masa pun begitu dekat, majlis pun sudah diaturkan dan surat jemputan pun sudah dikeluarkan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pun belum sempat bincang isu ini secara rasmi.
"Namun, majlis yang dianjurkan bersama oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dengan Kerajaan Negeri adalah satu tradisi untuk menyantuni rakyat dan selama inipun ia dilaksanakan secara sederhana, bukan mewah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tiada penganjuran rumah terbuka bagi agensi kerajaan sebagai langkah penjimatan dalam menghadapi kesan konflik di Asia Barat.
Mengulas lanjut, Kon Yeow menasihatkan jabatan serta agensi negeri yang ingin mengadakan sambutan Aidilfitri supaya melaksanakannya secara dalaman atau berkonsepkan ‘potluck’ bagi menjimatkan kos.
Beliau turut menekankan bahawa platform seperti rumah terbuka penting dalam mengukuhkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum.
"Platform ini penting untuk membawa rakyat bersama-sama memupuk semangat perpaduan. Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, majlis kecil-kecilan ini berfungsi sebagai ruang untuk rakyat berkumpul dan meraikan kebersamaan," katanya.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 3:53 pm
Dua 'pengasuh' taska kes kematian bayi tidak ikuti Kursus Asuhan PERMATA
March 12, 2026, 2:47 pm
Trafik lebuh raya dijangka cecah 2.3 juta kenderaan sehari sempena Aidilfitri
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
