Berita Viral
(VIDEO) Beg tangan lesap, 'dikebas' lelaki menyamar jadi pelanggan
Oleh AZIM SAAD
KULIM 13 Mac – Seorang wanita menjadi mangsa kecurian selepas beg tangan miliknya dicuri seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan di sebuah kedai haiwan peliharaan di Avenue Hi-Tech, Kedah, pagi semalam.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Kejadian dipercayai berlaku di Wawa Pet Shop apabila suspek mengambil beg tangan milik mangsa yang ditinggalkan di bawah kaunter ketika mangsa sedang bergerak ke belakang kedai.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial menunjukkan suspek kemudiannya bertindak melarikan diri.
Insiden tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam talian.
“Normalisasikan suruh pelanggan bukak helmet sebelum masuk ke kedai,” komen Wan
Peniaga disarankan mengambil tindakan seperti itu bagi mengurangkan risiko kecurian serta memudahkan tugas polis mengenal pasti suspek.
Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada laporan telah dibuat kepada pihak polis berhubung kejadian itu.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
