Berita Viral
Kontroversi 'kuil mini' di tangga apartmen Puchong berakhir, keluarga setuju alih struktur
Oleh AZIM SAID
PUCHONG 13 Mac – Isu pemasangan patung dewa di sebuah pangsapuri di Apartment Desa Tanjung Puchong dilaporkan telah selesai selepas patung berkenaan berjaya dialihkan.
Menurut perkongsian di media sosial, patung yang dikenali sebagai Karuppasamy sebelum ini diletakkan di kawasan depan tangga pangsapuri tersebut.
Hantaran tersebut menjadi perhatian kerana didakwa mengganggu laluan utama penduduk.
Difahamkan, wakil Jawatankuasa Majlis Tempatan Malaysia Hindu Sangam (MHS) Puchong bersama ahli Majlis Perbandaran Kinrara telah turun padang meninjau sendiri keadaan di lokasi berkenaan.
Hasil pemeriksaan, pihak terlibat menasihatkan keluarga yang terlibat supaya mengalihkan patung tersebut serta menanggalkan platform atau tapak binaan yang dibina di kawasan tangga.
Keluarga berkenaan dilaporkan memberi kerjasama dan bersetuju untuk menanggalkan baki struktur secepat mungkin bagi memastikan laluan tangga mudah digunakan seperti biasa oleh penduduk.
Sebelum ini, gambar struktur menyerupai altar yang dibina di laluan tangga pangsapuri itu tular di media sosial dan mencetuskan perbincangan mengenai penggunaan ruang bersama serta kepentingan menjaga keharmonian dalam komuniti kediaman.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
