TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jabatan Mufti Pahang nafi surat tular waktu solat Aidilfitri

By
|
Kongsi
image

KUANTAN 14 Mac – Jabatan Mufti Negeri Pahang memandang serius penyebaran satu dokumen tular di media sosial yang didakwa sebagai surat rasmi berkaitan penetapan waktu solat sunat Aidilfitri di negeri itu.

Jabatan berkenaan memaklumkan dokumen tersebut adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih serta sentiasa merujuk kepada pengumuman rasmi daripada Jabatan Mufti Negeri Pahang atau pihak berkuasa agama negeri bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

“Pihak Jabatan Mufti Negeri Pahang juga tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya penyebaran dokumen palsu ini berterusan.

“Kerjasama semua pihak dalam mengekang penyebaran berita palsu amatlah dihargai,” katanya menerusi kenyataan rasmi hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu dokumen yang didakwa sebagai surat rasmi berhubung penetapan waktu solat sunat Aidilfitri di Pahang pada jam 8.45 pagi, 20 Mac ini.

+ - reset