Berita Berita
Fadhlina gesa penyebar fitnah lokasi sesi libat urus tampil mohon maaf
SEBERANG JAYA 14 Mac – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menggesa pihak yang menyebarkan fitnah kononnya sesi libat urus bersama pemegang taruh tadika swasta diadakan di dalam gereja supaya tampil memohon maaf.
Beliau berkata, dakwaan yang tular di media sosial itu bersifat berniat jahat serta menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menjejaskan keharmonian.
“Kita menerima aduan berhubung satu kenyataan fitnah yang mendakwa sesi libat urus bersama pemegang taruh prasekolah swasta diadakan di gereja, sedangkan program itu sebenarnya berlangsung di dewan sebuah sekolah antarabangsa.
“Ini bulan Ramadan dan apa sahaja fitnah serta berita yang cuba menggugat perkara berkait rapat dengan keharmonian, selain membangkitkan rasa marah dan salah faham dalam masyarakat, tidak boleh dibiarkan.
“Saya ambil pendekatan tegas dalam hal ini kerana tidak mahu kita terpalit dengan isu ketegangan agama mahupun kaum dan saya minta pihak yang membuat fitnah itu tampil membuat permohonan maaf kerana dakwaan tersebut satu kenyataan yang sangat jahat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Madani Ihya Ramadan Kementerian Pendidikan di sebuah hotel di sini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.
Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran yang mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengadakan sesi libat urus di dalam gereja.
Susulan itu, KPM menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan program tersebut sebenarnya berlangsung di dewan Sekolah Menengah Antarabangsa Assumption di Bukit Mertajam.
Menurut kementerian itu, pemilihan lokasi dibuat berdasarkan kemudahan dan fasiliti yang tersedia selain mengetengahkan sekolah antarabangsa sebagai sebahagian daripada institusi pendidikan swasta di negara ini.
Berita berkaitan
March 14, 2026, 9:31 am
KWSP hak pencarum, bukan bantuan kerajaan – PGIRM
March 14, 2026, 9:25 am
UMNO Sungai Buloh alu-alukan hasrat Khairy kembali sertai parti
March 14, 2026, 9:18 am
Kerajaan mungkin perlu tanggung subsidi RON95 hingga RM4 bilion - Rafizi
March 14, 2026, 9:04 am
Jabatan Mufti Pahang nafi surat tular waktu solat Aidilfitri
March 14, 2026, 1:07 am
Polis sahkan Zamri Vinoth, Tamim Dahri larikan diri ke Thailand
March 13, 2026, 10:15 pm
Mahkamah arah Yayasan Kubra henti roboh kuil Hindu di Rawang
March 13, 2026, 6:33 pm
Lelaki melecur, gagal selamatkan 27 kucing dalam kebakaran rumah di Langkawi
March 13, 2026, 5:46 pm
