Berita Berita
Lelaki melecur, 27 kucing mati dalam kebakaran rumah di Langkawi
LANGKAWI 13 Mac – Sebanyak 27 ekor kucing yang dipelihara dalam sangkar ditemui mati dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Padang Gaung, Mukim Ulu Melaka di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, seorang wanita pemilik rumah ditemui dalam keadaan pengsan manakala seorang lelaki mengalami kecederaan melecur kira-kira 30 peratus pada badan.
Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.47 pagi.
"Wanita dan lelaki cedera diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan lanjut.
"Pemeriksaan mendapati terdapat 27 kucing yang berada dalam rumah ditemui mati, manakala tiga dapat diselamatkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.58 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.52 pagi.
Berita berkaitan
March 13, 2026, 5:46 pm
Rafizi gesa kerajaan dedah hasil siasatan terhadap Azam Baki
March 13, 2026, 4:22 pm
Cadangan kerja dari rumah tidak sesuai dilaksana secara menyeluruh - MEF
March 13, 2026, 4:15 pm
Kerajaan pastikan bekalan minyak negara kekal stabil
March 13, 2026, 4:07 pm
14,332 pengarah syarikat disekat ke luar negara gagal bayar caruman KWSP
March 13, 2026, 4:01 pm
AFC terima keputusan MFL berhubung status pemain warisan
March 13, 2026, 3:54 pm
70 jemaah Malaysia selamat dalam kebakaran hotel di Makkah
March 13, 2026, 3:39 pm
Pastikan bekalan makanan tak putus, kerajaan tingkat stok beras hingga sembilan bulan
March 13, 2026, 2:30 pm
