Berita Berita
'Kenapa saya nak lari? Saya ada buat salah apa?' - Zamri Vinoth
KUALA LUMPUR 14 Mac – Aktivis Zamri Vinoth menafikan dakwaan bahawa beliau melarikan diri susulan perkembangan siasatan polis terhadapnya, sebaliknya menegaskan tidak mempunyai keperluan untuk berbuat demikian.
Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, Zamri turut mempersoalkan mengapa hanya beliau didakwa mahu dikenakan pertuduhan.
“Kenapa hanya saya pula nak kena tuduh? Apa kesalahan saya? Apa yang saya hasut? Takda pun orang kita yang pergi serang sesiapa? Takda pun gi bakar kereta sesiapa? Takda pun gi serang rumah sesiapa?” katanya.
Dalam hantaran sama, Zamri turut menuduh beberapa individu lain sebagai pihak yang menghasut sehingga berlaku serangan termasuk membakar kereta dan memecah rumah.
“Rayer yang menghasut! Arun yang menghasut! David Marshall yang menghasut sehingga ada serangan, bakar kereta dan pecah rumah! Tetapi takde pertuduhan di pihak mereka?” katanya.
Zamri turut mempersoalkan dakwaan bahawa beliau akan melarikan diri daripada pihak berkuasa.
“Kenapa pula saya nak lari? Saya dah pernah cakap banyak kali kalau nak tangkap saya tangkap rayer juga dan sekarang kalau nak dakwa saya maka dakwa mereka juga!” katanya.
Beliau juga menyatakan kesediaan untuk berjumpa dengan Ketua Polis Negara sekiranya diperlukan.
“Saya sendiri akan pergi jumpa IGP jika perlu insyaAllah… saya tak lari dan tiada keperluan pun untuk lari!” katanya lagi.
Berita berkaitan
March 14, 2026, 7:14 pm
Mulut berdarah dan muka bengkak, guru besar ditahan disyaki pukul murid Tahun Satu di JB
March 14, 2026, 9:31 am
KWSP hak pencarum, bukan bantuan kerajaan – PGIRM
March 14, 2026, 9:25 am
UMNO Sungai Buloh alu-alukan hasrat Khairy kembali sertai parti
March 14, 2026, 9:18 am
Kerajaan mungkin perlu tanggung subsidi RON95 hingga RM4 bilion - Rafizi
March 14, 2026, 9:11 am
Fadhlina gesa penyebar fitnah lokasi sesi libat urus tampil mohon maaf
March 14, 2026, 9:04 am
Jabatan Mufti Pahang nafi surat tular waktu solat Aidilfitri
March 14, 2026, 1:07 am
Polis sahkan Zamri Vinoth, Tamim Dahri larikan diri ke Thailand
March 13, 2026, 10:15 pm
